SYDNEY 25 Sept. - Pelancong Malaysia dilaporkan semakin sukar untuk memasuki Australia ekoran ramai rakyat negara ini datang ke negara itu untuk bekerja sebagai pengutip buah haram.
BANGKOK 25 Sept. - Mayat seorang pesara Britain dan isterinya yang merupakan warga Thailand dijumpai ditanam di rumah mereka hari ini.
TOKYO 25 Sept. - Seorang wanita berusia 49 tahun ditahan selepas didakwa menyimpan mayat seorang bayi yang baru lahir di sebuah loker syiling sejak lima tahun lalu.
BANGKOK 25 Sept. - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara antara empat hingga enam tahun terhadap sembilan lelaki dari selatan Thailand kerana terlibat dalam plot untuk mengebom tempat strategik di Bangkok dua tahun lalu dalam ‘kes budu’ seperti yang digelar oleh media tempatan. Lima lagi lelaki yang menghadapi tuduhan yang sama dibebaskan setelah Mahkamah Jenayah membuat keputusan membatalkan tuduhan terhadap mereka. Menurut mahkamah, lapan lelaki dijatuhi hukuman empat tahun penjara setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah di bawah Seksyen 209 dan Seksyen 210 untuk pertuduhan yang berkaitan dengan Pertubuhan Rahsia dan Konspirasi. Mahkamah menghukum seorang lagi lelaki dengan enam tahun penjara selepas mendapati bersalah kerana memiliki bahan letupan ketika dia ditangkap. Kesemua 14 lelaki itu, berumur antara 20 hingga 31 tahun berasal dari wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala di selatan Thailand. - BERNAMA
HANOI 25 Sept. - Polis Vietnam berjaya menumpaskan rangkaian perjudian secara dalam talian bernilai hampir AS$26 juta (RM107.3 juta) berikutan penahanan 10 orang dan rampasan senjata api dan wang tunai dalam serbuan terbesar di negara ini.
BANGKOK 25 Sept. - Akibat dendam dan tamak, seorang lelaki sanggup mengupah tiga pembunuh bagi membunuh adik perempuan dan suaminya.
MOSCOW 25 Sept. - Pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny dibebaskan selepas dipenjarakan selama 30 hari, semalam namun beliau ditahan dan dipenjarakan semula selama 20 hari atas dakwaan mengadakan tunjuk perasaan haram.