Pesawat terlajak 50 km...
SYDNEY - AUSTRALIA. Pihak berkuasa keselamatan udara melancarkan siasatan selepas seorang juruterbang dipercayai tertidur ketika memandu penerbangan disewa di Australia dan terlepas lokasi mendarat hampir 50 kilometer.
Mugabe tak boleh berjalan
HARARE - ZIMBABWE. Bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, 94, dilaporkan tidak dapat berjalan kerana masalah kesihatan dialaminya.
NEW DELHI - INDIA. Sekurang-kurangnya 28 penumpang kebanyakannya kanak-kanak mati lemas selepas bas dinaiki mereka terhumban ke dalam sebuah terusan di India, semalam.
TAIPEI - TAIWAN. Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Progresif Demokratik (DPP), semalam selepas parti prokemerdekaan itu mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal di negara itu.
MUTIMA - UGANDA. Sekurang-kurangnya 22 orang disahkan terkorban dan lebih 60 yang lain dikhuatiri hilang selepas sebuah bot mewah karam berhampiran Tasik Victoria di Tanzania, kata polis hari ini.
SANAA - YAMAN. Sekurang-kurangnya lima tentera dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan menyasarkan markas mereka di bandar Abyan, semalam.
ROM – Dunia diminta membantu menyelesaikan isu Israel-Palestin dengan menyokong pembentukan dua negara sekali gus mengelakkan kewujudan negara aparteid, kata Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki kelmarin.