SITTWE - MYANMAR. Sekumpulan penunjuk perasaan di Rakhine mengadakan protes membantah pelan penghantaran pulang pelarian Rohingya dari Bangladesh.
COLOMBO - SRI LANKA. Kemelut politik Sri Lanka semakin berlarutan apabila Presiden Maithripala Sirisena menegaskan tidak akan melantik semula Ranil Wickremesinghe sebagai perdana menteri walaupun beliau berjaya mendapatkan majoriti di parlimen.
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Setelah hampir dua minggu berlalu, kebakaran yang disifatkan paling buruk dalam sejarah California akhirnya berjaya dikawal sepenuhnya oleh anggota bomba, kata pihak berkuasa semalam.
MOSCOW - RUSIA. Rusia mendakwa kumpulan militan Syria mengebom Aleppo dengan gas klorin dan telah menyebabkan kira-kira 46 termasuk lapan kanak-kanak alami keracunan.
Jangan percaya CIA
RIYADH – Seorang putera kanan Arab Saudi sangsi berhubung keputusan siasatan Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengarahkan pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi di Istanbul bulan lalu.
DAMSYIK, Syria – Kira-kira 100 penduduk Syria dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan di Aleppo, lapor media pemerintah dan sebuah kumpulan pemerhati semalam susulan dakwaan bahawa pemberontak membedil gas ‘toksik’ ke bandar yang dikuasai tentera Presiden Bashar Al-Assad itu pada hari sebelumnya.
AYODHYA, India – Berpuluh-puluh ribu sami dan aktivis kumpulan nasionalis Hindu mula berhimpun di bandar Ayodhya, negeri Uttar Pradesh semalam untuk menuntut sebuah kuil dibina di atas tapak keagamaan yang menjadi perebutan.