MOSCOW - RUSIA. Tiga kelasi warga Ukraine yang ditahan Rusia susulan konflik terbaharu membabitkan kedua-dua negara dilaporkan mengeluarkan kenyataan menerusi siaran televisyen.
SICHUAN - CHINA. Tujuh orang dilaporkan maut akibat dilanggar sebuah kereta yang terbabas dan merempuh perhentian bas di China, awal pagi hari ini.
PORT BLAIR - PULAU ANDAMAN. Pihak berkuasa India menangguhkan usaha mengeluarkan mayat seorang mubaligh warga Amerika Syarikat yang dibunuh puak terpencil di pulau Andaman dan Nicobar, minggu lalu.
ANKARA - TURKI. Pihak berkuasa Turki, semalam memeriksa sebuah vila milik seorang warga Arab Saudi di wilayah barat laut negara itu untuk mencari mayat wartawan terkenal, Jamal Khashoggi yang dibunuh kejam di Konsulat Riyadh di Istanbul pada 2 Oktober lalu.
KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, semalam menandatangani dekri memperkenalkan undang-undang tentera selama 60 hari, namun Parlimen hanya meluluskan ia dilaksanakan selama 30 hari.
PARIS - PERANCIS. Seorang pegawai kanan di Senat Perancis telah ditangkap kerana disyaki mengintip untuk Korea Utara.
PASADENA - AMERIKA SYARIKAT. Sorakan gembira dan tepukan gemuruh bergema di Makmal Pendorongan Jet Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (Nasa), semalam selepas kapal angkasa digelar InSight mendarat di planet Marikh, sekali gus menamatkan penantian selama hampir tujuh tahun untuk merealisasikan misi itu.